Tuesday 25 December 2012

Episod 5: Kesabaran dia..



Orang cakap, dugaan bercinta ni sentiasa ada. 
Jadi mungkin sebab tu kami bergaduh lagi. 
Ini kerana gara-gara satu insiden salah faham yang berlaku. 
Saya sangat marah dengan My sehinggakan saya minta my lepaskan saya. 
Tapi My tetap tak nak. 
Katanya dia sangat sayangkan saya.


 
Tiap kali My call saya tak jawab…seharian saya berdiam diri.
 Mogok dengan MY. Tapi apa yang saya tak duga 
My sanggup tunggu saya  habis keje semata-mata nak datang pujuk saya.
 Katanya dia tak tentu arah bila saya tak jawab call dia. 


Saya rasa sangat bersyukur sangat dipertemukan dengan lelaki yang penyabar. 
Dia tak akam marah saya sesuka hati, walau sekasar mana pun bahasa saya. 
Tapi dia tetap tenang. Bahkan dia akan tegur saya dengan baik.

Taip kali perhubungan kami ada masalah, saya lebih suka berdiam diri. 
MY pula bila saya tak jawab call dia akan datang cari saya. 
Hal kecil atau besar, bila saya merajuk 
My bersungguh-sungguh akan berusaha tuk memujuk hati saya. 
Saat tu hanya tuhan je yang tahu…saya sangat bahagia.







to be continued.....




 

Episod 4: Tertipu



Selepas MY ke KL, kami seakan-akan lebih akrab.
Setiap hari berpuluh-puluh  kali MY call saya. 
Entah kenapa saya rasa terlalu rindu pada lelaki yang baru saya kenali ini. 
Namun, perasaan tu saya pendamkan sahaja. Tapi nampaknya MY juga sama, 
sehinggakan MY membuat keputusan untuk pulang dan bekerja sahaja di negerinya.
 Mulanya saya tidak bersetuju dengan cadangan My, tapi disebabkan MY
 mendapat panggilan interview jadi saya ikutkan sahaja.


Ketika saya merasakan kebahagian bersama My,
 tiba-tiba saya mendapat tahu satu kebenaran 
dari MY yang sangat-sangat tak disangka.
Rupanya My lebih MUDA dari saya. 
Oh My God  saya sangat terkilan! Sungguh! Saya memang tak nak lelaki yang muda dari saya.
Saya sangat marahkan My. Rasa tertipu dan dipermainkan.
Kami bergaduh! MY meyakinkan saya bahawa usia bukan penghalang,
 lagipun katanya jarak kami tak jauh beza. 
 Tapi waktu tu saya tak dapat menerima setiap penjelasan MY. 
Call & SMS My saya layan acuh tak acuh. Hah! Padan muka.





Tapi…kesungguhan MY meyakinkan saya buat saya akur.
 Ya! Usia bukan penghalang. 
Kami bebaik semula.
 Dan saya sangat berharap MY tidak akan sia-siakan saya sebab 
perasaan sayang saya terhadapnya memang dah wujud.



to be continued................