Tuesday, 25 December 2012

Episod 4: Tertipu



Selepas MY ke KL, kami seakan-akan lebih akrab.
Setiap hari berpuluh-puluh  kali MY call saya. 
Entah kenapa saya rasa terlalu rindu pada lelaki yang baru saya kenali ini. 
Namun, perasaan tu saya pendamkan sahaja. Tapi nampaknya MY juga sama, 
sehinggakan MY membuat keputusan untuk pulang dan bekerja sahaja di negerinya.
 Mulanya saya tidak bersetuju dengan cadangan My, tapi disebabkan MY
 mendapat panggilan interview jadi saya ikutkan sahaja.


Ketika saya merasakan kebahagian bersama My,
 tiba-tiba saya mendapat tahu satu kebenaran 
dari MY yang sangat-sangat tak disangka.
Rupanya My lebih MUDA dari saya. 
Oh My God  saya sangat terkilan! Sungguh! Saya memang tak nak lelaki yang muda dari saya.
Saya sangat marahkan My. Rasa tertipu dan dipermainkan.
Kami bergaduh! MY meyakinkan saya bahawa usia bukan penghalang,
 lagipun katanya jarak kami tak jauh beza. 
 Tapi waktu tu saya tak dapat menerima setiap penjelasan MY. 
Call & SMS My saya layan acuh tak acuh. Hah! Padan muka.





Tapi…kesungguhan MY meyakinkan saya buat saya akur.
 Ya! Usia bukan penghalang. 
Kami bebaik semula.
 Dan saya sangat berharap MY tidak akan sia-siakan saya sebab 
perasaan sayang saya terhadapnya memang dah wujud.



to be continued................



No comments:

Post a Comment