Sunday, 9 September 2012

Episod 2: bertemu mata....



salam....
 
Saya sambung ok…hari jadi MY di raikan hanya 
melalui panggilan telefon kerana saya dan MY duduk berjauhan 
dan sememangnya kami belum pernah bertemu. 
Saya hanya wish ucapan selamat. 
Tak ada ape-ape yang istimewa pun.  
 Huhu…padan muka. Tapi malam tu, tiba-tiba die text saya dan tanya

awak nak jumpa saya tak?


Saya  terkejut sebab saya memang tak berniat pun 
nak seriuskan hubungan ini sehingga ke tahap itu. 
Alamak! Apa dah jadi ni. Tak tahu nak cari alasan apa, 
maka saya setuju memandangkan MY sanggup travel jauh 
pulang ke rumah mak ayah semata- mata nak jumpa saya. 





12hb….jeng…jeng..jeng!!! 

saya apply cuti semaat-mata nak jumpa MY. 
Ingat lagi, saya pakai baju kurung dan bertudung bawal. 
Agak simple. Kami berjanji untuk berjumpa dan seterusnya saya akan hantar MY pulang. 
Saya tiba di tempat yang di janjikan agak lewat.
Saat bertemu dua mata dengan MY, saya agak gementar. 
MY jugak sama. Saya tengok die juga seakan kekok dan serba tak kena. 
Hehe…malu la kot. Tapi, saya suka cara MY. 
Die pandai menghidupkan suasana. Sempat lagi dia puji saya..
katanya saya lawa berbaju kurung. 
Hmmm…lelaki memang pintar berkata-kata kan?



Kami seterusya ke destinasi yang telah di janjikan, 
ya…saya perlu hantar MY pulang.  Tak jauh sangat. 
Hanya 1 jam perjalanan. Namun, apa yang saya tak sangka MY meminta 
saya hantarnya betul betul  ke rumah dan berjumpa keluarganya. 
Ya ampun, ngak mau dong!! Saya malu kok. 
Dari awal saya ingat tak mahu hantar MY betulbetul  di depan rumahnya..
sebab saya memang tak nak dan tak bersedia nak jumpa keluarga My. 
Tapi lain pula yang jadi.. adoi…tolong gua.
Perkenalan dengan keluarga MY adalah sesuatu yang sangat………………………

ada sesuatu yang berlaku



To be continued…….




episod 1 :di sini bermula....


Salam
Ini kisah cinta.kisah cinta antara saya dan si dia. 
Biar saja saya kenalkan die sebagai  “ MY” .
 kami berkenalan melalui laman social facebook 
atau dalam bahasa  kampungnya muka buku. 
Tak! Cinta kami tak sama pun dengan lagu “ cinta muka buka” najwa latif. 
Tapi iras iras tu adalah kot. Kami friend dalam fb tu dah lama. 
Kami selalu chating-chating. 
Biase la…mase chating tu, MY selalu sangat mintak no phone saya. 
Tapi saya buat tak tau jer. 
Bukan apa konon-kononya jual mahal la kan. Hehe…
Ok! Dipendekkan cerita.. bile dah lame sangat chating..
lastly saya pun bagi gak no phone saya. Time tu saya pikir…
tak pe kot, kawan je kan, tak salah pun. 
Die pun apa lagi, dah dapat no asyik call dan text saya.
 Saya pun tak tau kenapa hati saya ni gatal sangat nak layan die.
 Padahal memang saya macam tu pun. Hihihi.




 Dua hari kami berhubung MY tiba-tiba lamar saya jadi kekasih hati die.
 Katanya die terpaut hati, jatuh cinta kat saya kononya. 
Ish!! Macam tak logic kan, tak pernah 
jumpa tapi boleh cakap macam tu. 
Ah! Dah sah sah mamat romeo ni. Hahaha…tak pe tak pe. 
Saya tahu apa nak buat.
Sudahnya… sya terima je lamaran die. Dalam hati saya waktu tu, 
memang betul betul berniat nak main-mainkan perasaan die. 
Biar padan muka die.dush!!!! amekkau.
 Seingat saya 11hb mei iaitu hari jadi MY maka genaplah 
usia perkenalan kami seminggu. Yeahhh…SEMINGGU. 
Ceh! Baru seminggu dah kecoh.
 Tapi ape yang lebih menariknya adalah pada 12hb mei. 
Hari yang paling huru hara…yang mengubah 
segala-galanya antara saya dan MY.



to be contiued......